hairahku Jatuh Ke Puisi
kerana sepi
ghairahku jatuh ke puisi
tak lagi ke bini-bini
yang mengelabui nafsi
mengalpa matahati
kata-kata kuonani
cuit berahi
mengorgasm hati
mengecap erti
dan dari puisi ke puisi
aku bercinta
aku berasmara
aku berminda
aku berjiwa raga
aku bertakwa
memurni berahi
mengharmoni hati
mengayu tingkah laku
mensyahdu nafsu dan kalbu
dan di puisi
aku menemui bidadari
mensyurga kata-kata
yang mencapai makna
seumpama firman dan sabda
mensejahtera raga
mensyurga jiwa
0 komentar:
Posting Komentar